Sanggup gadai maruah demi bisnes, Elly Mazlein 'sound' peniaga 'online' .-"Jangan bagi iklan bingai!"

Sejak akhir-akhir ini dapat kita lihat banyak bahan iklan menjolok mata dari segelintir peniaga online di media sosial.

Namun, bukan mereka sahaja yang dikecam malah, selebriti atau influencer  yang membuat review produk mereka turut terkena tempiasnya.

"Sakit betul hati aku"

Susulan perkara tersebut, Elly Mazlein atau Kak Kepom yang juga amat aktif dalam membuat review produk makanan, tampil dengan pendapatnya yang juga kurang selesa dengan situasi itu.

Dalam hantarannya di IG Story, dia meminta agar peniaga di luar sana menyediakan bahan iklan yang elok walau apapun produk yang dijual.

"Tak tahu malu ke?"

Dalam pada itu, Kak Kepom turut persoal maruah kaum perempuan yang gemar memuat naik gambar separuh bogel pelanggan dari hasil 'feedbaack' atau model mereka kepada umum.

Lebih meruntun hati lagi apabila melihat galaknya wanita bertudung berjoget tanpa rasa segan hanya kerana ingin menarik 'view' yang ramai membeli produk mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen