Nampak macam 'cool', air mata ayah akhirnya 'gugur' ketika peluk anak sebelum balik asrama

Dalam teguhnya hati seorang ayah, ada perasaan risau yang cuba ditepis apabila tiba saat untuk berpisah dengan anak-anaknya baik lelaki mahupun perempuan.

Bukan sahaja terpisah disebabkan belajar tetapi juga setelah berumah tangga. Meskipun pada ketika itu kita merasakan bahawa sudah cukup dewasa dan matang untuk menggalas sebuah tanggungjawab yang lebih besar.

Air mata mengalir peluk anak

Itulah ayah, tiada siapa yang mampu meneka apa yang dia rasa, termasuklah situasi yang dialami oleh suami kepada pemilik akaun Tiktok bernama Ezlinda Ismail.

 

 

Menerusi hantaran tersebut menyaksikan mereka sekeluarga terpaksa berpisah dengan anak perempuannya selepas sekian lama menjalani sesi pembelajaran di rumah.

Bagaimanapun, reaksi wajah air nampak tenang sahaja dan tidak menyangka selepas peluk anaknya, air mata perlahan mengalir keluar dari tubir mata.

"Ayah sentiasa nampak anaknya kecil"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya mula meluahkan rasa sebak dan rindu terhadap ayah mereka sekaligus terimbau kenangan sewaktu masih kecil.

 

"Ayah cinta pertama anak perempuan"

"Macam mana akad nikah nanti"

Namun, tak kurang juga yang bimbang sekiranya si ayah perlu berpisah pula dengan anak ketika bertemu jodohnya suatu hari nanti. Pasti berbeza rasa sebaknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen