Kahwin dengan kawan baik sendiri, pengantin sempat 'bercakaran' atas pelamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata tak mustahil persahabatan antara lelaki dan perempuan boleh berakhir di jinjang pelamin. Walaupun bercakaran namun tentu sahaja ada perasaan sayang.

Bila kahwin dengan kawan baik sendiri.

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @4thrhhfdz memaparkan pasangan pengantin sedang duduk di atas pelamin.

Difahamkan, pasangan tersebut merupakan rakan baik dan telah memilih untuk disatukan sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, video berdurasi 13 saat itu mencuri perhatian apabila pasangan pengantin itu penuh dengan gelak ketawa.

Walaupun begitu, pasangan pengantin sedondon dengan busana berwarna putih tersebut dilihat bahagia selain berseri pada hari perkahwinan mereka meskipun pelbagai gelagat yang dikeluarkan oleh mereka.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen terhibur akan gelagat pasangan berkenaan. Selain bersetuju bahawa pasangan ini sesuai dengan kenyataan ‘kawan sampai kahwin’.

Macam ni rupanya kahwin dengan bff

Gaduh dekat pelamin

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen