"Tiada siapa mahu perpisahan, sayang peluang tak dihargai..." -Isteri Shuk Sahar

Oleh: Zuzu Yasmine

Kemelut rumah tangga pelawak, Shuk Sahar bersama isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah nampaknya sentiasa menjadi perhatian warganet

Walaupun beberapa kali dicurangi, namun isterinya yang mesra dengan panggilan Sera itu sentiasa memberi peluang kepada pelawak berkenaan.

"Kejamnya manusia..."

Bagaimanapun, terbaru Sera dilihat memuat naik beberapa Instastory yang mengakui bahawa dia sudah tidak kuat untuk melalui perkara yang sama seperti sebelum ini.

"Anak-anak sebagai penguat..."

Dalam pada itu, Sera turut berharap agar urusannya dipermudahkan dan menyatakan bahawa anak-anak merupakan kekuatan dia untuk mempertahankan rumah tangga walaupun menerima cacian dari orang lain.

"Tiada siapa mahu perpisahan..."

Sera juga meluahkan bahawa dia tidak mahu berpisah namun terlalu kecewa apabila apabila peluang yang diberi tidak dihargai.

Nampaknya, Sera macam kecewa sangat tapi apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat keluarga ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen