Terdiam ketika promosi koleksi terbaru, Fazura terharu bila nampak 'kakak' gayakan tudung jenamanya

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelakon cantik dan juga isteri kepada aktor, Fattah Amin, Fazura dilihat semakin aktif dalam perniagaan tudung jenama miliknya.

Malah, setiap kali ada pelancaran baru, tudung jenama Fazura itu akan laris terjual dalam beberapa jam sahaja selain turut mendapat respon yang baik daripada pembeli kerana harga yang murah serta mampu milik.

Fazura terdiam ketiak 'live'.

Terbaru, gelagat pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini sekali lagi mendapat perhatian ketika dirinya sedang mempromosikan koleksi terbaru iaitu Fatima.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok , gelagat aktor berkenaan sempat dirakam apabila teruja melihat seorang ‘kakak’ yang lalu di hadapannya dengan mengayakan tudung jenamanya.

Dalam video berdurasi 17 saat itu, Fazura yang tiba-tiba terdiam dan menunjukkan kepada rakan-rakannya akan seorang kakak mengenakan tudungnya.

Menerusi riak wajahnya, dia dilihat teruja selain turut terharu apabila tudung jenamanya digayakan orang ramai.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen menyatakan bahawa aktor berkenaan sangat menghargai setiap pembeli produknya.

Malah, mereka turut menyatakan bahawa dia terlihat ikhlas dan sangat memberi inspirasi kepada ramai orang.

Menghargai sampai menangis

Nak orang rasa pakai tudung dia

Sopan je dia

Rasa nak beli juga

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen