Mayat tiga kanak-kanak cari kepah ditemui, tidak jauh dari lokasi kejadian

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kehilangan tiga kanak-kanak dipercayai leka sedang mencari kepah hingga hilang dihanyutkan arus di sungai berhampiran muara Kampung Mangkuk, Setiu.

Tiga mayat kanak-kanak berkenaan dipercayai telah ditemui pada awal pagi tadi berhampiran sungai tersebut.

Memetik laporan Kosmo Online, Pengerusi Bencana Daerah Setiu, Rosli Latif, berkata, mayat Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, yang pertama dijumpai jam 12.58 pagi.

“Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada kedudukan 800 meter dari lokasi dia kali terakhir dilihat.

“Mayat adik lelakinya, Muhammad Aryan Faheem, 7, pula ditemui pada pukul 1.47 pagi,” katanya.

Rosli berkata, mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian manakala mayat Nurul Hasha Humaira Che Mohd. Humaizi, 11, pula dijumpai pada pukul 8.15 pagi.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 8.40 pagi dan ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dibawa arus berikutan fenomena air pasang ketika sedang mencari kepah di kawasan beting pasir di muara Sungai Mangkuk.

Sebelum kejadian, mereka mengikut ahli keluarga masing-masing yang berasal dari Losong dan Atas Tol, Kuala Terengganu untuk berkelah di kawasan berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen