"Saya tak nak komen pasal ni..." - Shuk Sahar jawab isu luahan hati isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekali lagi kisah rumah tangga pelawak dan pengacara terkenal Shuk Sahar menjadi perhatian apabila isterinya yang mesra dengan panggilan Sera meluahkan perasaan mengenai hubungan mereka seakan retak.

Memetik laporan mStar online, Shuk mengakui bahawa terdapat salah faham antara dia dan isterinya namun bukan perkara yang serius dalam rumah tangga.

“Sebenarnya memang ada sikit salah faham Shuk dan Sera tapi tak ada apa-apa pun. Sekarang saya ada di Pulau Pinang ada shoot sikit..

“…saya tak nak komen lebih fasal ini InsyaAllah tak ada apa-apa yang berlaku,” kata pelawak berkenaan.

 

Pagi tadi kecoh di media sosial akan luahan rasa terkilan Sera pada InstaStory apabila peluang yang diberikan tidak dihargai dan menyatakan bahawa anak-anak adalah penguatnya.

Rasa terkilan

Anak-anak penguat

Tiada siapa mahu perpisahan

Terima kasih untuk semua ini

Terdahulu, Sera pernah mendedahkan bahawa Shuk ‘kantoi’ menjalinkan hubungan dengan wanita lain di belakangnya.

Untuk makluman, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia dua tahun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen