Seminggu pemergian nenek, Aliff Syukri mohon maaf asyik 'throwback' video. -"Saya hanya rindu..."

Meskipun sudah lebih seminggu kehilangan nenek tercinta, namun usahawan terkenal Dato' Aliff Syukri nampaknya masih belum boleh menerima pemergian seorang insan yang paling penting dalam hidupnya.

'Throwback' video detik akhir nenek

Menerusi muat naik di laman Instagram, Aliff Syukri mengimbau semula situasi ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila kesihatan arwah neneknya mulai merosot.

Lebih meruntun hati lagi apabila arwah tidak dapat diselamatkan dan telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam kereta yang dipandu Aliff Syukri untuk ke hospital.

"Maafkan saya...saya hanya rindu"

Dalam hantaran tersebut, Aliff Syukri menerusi kapsyennya meminta maaf kepada pengikutnya di Instagram. 

Hal ini kerana tidak mahu orang lain beranggapan bahawa dia tidak ikhlas dengan pemergian nenek malah, dia menegaskan bahawa video tersebut dimuat naik bagi mengubati rindu di hati.

"Dato' memang kuat"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya berharap agar usahawan itu kuat. Mana tidaknya, orang ramai mengenali dia sebagai seorang yang ceria dan selalu positif. 

"Harap Dato' tabah"

"Perit rasanya"

"Respect cara Dato' layan orang tua"

Dalam pada itu, ada juga yang memuji sikap Aliff Syukri ketika melayani dan menjaga orang-orang penting dalam hidupnya seperti isteri, mak dan juga arwah neneknya. 

Justeru itu, tak hairanlah jika dia terlalu rasa akan makna sebuah kehilangan itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen