Berbulan persiap majlis kahwin anak, wajah ayah berubah lepas polis minta bersurai

Hari bahagia yang sepatutnya berlangsung dengan meriah bertukar pilu dengan kehadiran pihak polis yang meminta agar orang ramai bersurai.

Meskipun kejadian tersebut berlaku di negara jiran, namun rasa sakit hati tetap dirasai oleh segenap lapisan masyarakat lebih-lebih di musim pandemik ini.

Majlis nikah anak jadi 'kacau'

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh anx_borrr, difahamkan persiapan majlis nikah anak perempuannya sudah lama dibuat malah, tetamu juga sudah mulai hadir ke rumah.

 

Polis datang minta bersurai

Namun, sekelip mata sahaja keadaan sedikit suram apabila pihak polis tidak membenarkan majlis itu terus dibuat.

Kejadian itu serta-merta membuatkan wajah ayah kepada pengantin perempuan bertukar kecewa. Meskipun reaksi itu mungkin dapat disembunyi di sebalik pelitup muka, namun menerusi anak matanya, mustahil untuk dia berbohong.

"Polis tu tak ada hati ke?"

Susulan perkongsian, ruangan komen sedikit dingin dengan tindakan polis berkenaan sekaligus menganggap mereka tidak berhati perut kerana tiada budi bicara antara kedua-dua pihak.

 

"Jangan bubar, itu impian ayah..."

"Kesian ayahnya..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen