Disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pelakon, pengarah & penolong pengarah ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh hari ini apabila pelakon berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.  

Memetik laporan Harian Metro, turut ditahan adalah pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

Berdasarkan sumber, serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol, manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.


Bagaimanapun, difahamkan ketika serbuan dijalankan, kesemua mereka berada dalam bilik berasingan.

Ketiga-ketiga mereka dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen