Lepas didakwa halang bertemu anak, lelaki dedah pernah tangkap bekas isteri berkhalwat

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa hari lalu, tular akan video seorang ayah yang tidak membenarkan bekas isterinya memeluk anak mereka di mahkamah.

Susulan itu, seorang wanita dikenali sebagai Rias Jelita yang dipercayai wanita di dalam video berkenaan telah tampil menyatakan bahawa dia sudah hampir tiga tahun tidak bertemu dengan anaknya. Malah, segala panggilan dan WhatsApp juga dihalang.

 

Sehubungan dengan itu, seorang lelaki dipercayai lelaki terbabit tampil menjelaskan keadaan sebenar selain turut mendakwa telah difitnah dengan bekas isterinya.

Memetik laporan Apakes, lelaki berkenaan menyatakan bahawa dia telah difitnah selain turut menunjukkan bukti kecurangan bekas isterinya bersama sepupu sendiri.

Menurut lelaki berkenaan, perbualan tersebut adalah antara anaknya yang cuba memujuk ibunya pulang selepas keluar bersama kekasihnya. Anak-anaknya juga ditanggalkan bersendirian tiga beradik.

Katanya lagi, dia sendiri yang menangkap bekas isterinya bersama sepupunya malah, lelaki berkenaan turut berkongsi video kejadian tersebut kepada pihak Apakes.

Tambahnya, laporan polis juga telah dibuat oleh lelaki tersebut, tidak hanya itu laporan pada pihak JKM juga dibuat gara-gara wanita berkenaan meninggalkan anak-anak bersendirian.

Difahamkan, perkongsian ini mendapat izin daripada pihak lelaki berkenaan selepas tidak tahan dengan pelbagai spekulasi dari netizen selain dakwaan bekas isterinya.

Apa-apa pun diharapakan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen