"Rest jap," - Zul Ariffin dipantau doktor selepas alami hipertensi

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, pelakon terkenal, Zul Arifin dikejarkan ke psuat perubatan di Petaling Jaya, Selangor kerana mengalami tekanan darah tinggi.

Memetik laporan Harian Metro, pengurus pelakon berkenaan, Afdal Shahizad berkata, keadaan pelakon itu bertambah baik selepas mendapat rawatan doktor dan kini sedang berehat di rumah.

"Zul kurang sihat dan dibawa ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi. Namun, keadaannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut.

"Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah," katanya.

Difahamkan, Zul ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari jam 4 petang.

Zul turut berkongsi keadaannya menerusi InstaStory yang memaparkan dia sedang terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan.

"Rest jap," tulisnya ringkas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen