"Mula dengan frontliner, golongan berisiko dan warga emas..." -Dos ketiga, penggalak diberi minggu ini

Meskipun jumlah kes harian Covid-19 telah menunjukkan penurunan, namun kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga termasuklah bersetuju untuk memberi dos ketiga dan dos penggalak yang akan dimulai oleh petugas barisan hadapan, warga emas derta golongan berisiko.

Dos ketiga dan penggalak mula diberi

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pemberian dos ketiga akan diberikan kepada individu yang tidak mencapai tahap optimum dengan dua dos vaksin sahaja.

"Maksudnya kita akan beri kepada mereka yang ada masalah dengan sistem imun yang mana dua dos sahaja tidak cukup untuk beri perlindungan dan merangsang sistem imun untuk melawan virus Covid-19. Jadi, kita kena bagi dos ketiga."

"Dos penggalak pula adalah bagi mereka yang mungkin cukup dua dos tetapi tahap imuniti terhadap Covid-19 semakin berkurang dengan masa."

"Jadi garis panduannya enam bulan lepas dos kedua sudah boleh beri dos penggalam dan kita akan mula minggu hadapan..." katanya dalam wawancara pada Ahad.

-Khairy Jamaluddin-

Kajian akan dibuat campur vaksin Sinovac dan AstraZeneca

Selain itu, beliau turut memaklumkan akan membuat kajian sekiranya dos penggalak itu boleh digunakan dengan mencampurkan vaksin Sinovac  dan AstraZeneca untuk rangsang imuniti.

"Insya-Allah, kita akan buat kajian juga menggunakan vaksin Sinovaz denganAstra Zeneca yang boleh dicampur supaya dapat merangsang sistem imuniti semula."

"Ini sangat penting kerana apabila kita dalam transisi beralih ke fasa endemik dan bila sempadan negeri dibuka serta kebebasan, saya risau kepada golongan yang berisiko tinggi. Kita mesti jaga mereka sebaiknya."

-Khairy Jamaluddin-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen