'First time' jumpa sebab pilihan keluarga, gadis berpeluh tahan malu waktu bertunang

Pada zaman era moden ini, jarang kita lihat anak muda meminta agar jodoh mereka dicari oleh keluarga.

Rata-ratanya lebih suka ikut citarasa sendiri, maklumlah untuk hidup bersama dalam jangka masa yang lama katanya, mesti kena ada rasa cinta dan faham antara dua pihak.

Jodoh pilihan keluarga

Namun, lain pula kisahnya yang jadi terhadap gadis ini apabila dia dengan rela hatinya memberitahu supaya bakal suaminya itu nanti dicarikan oleh ibu bapanya.

Kisah itu dapat dilihat menerusi perkongsian pengguna Tiktok mexgojes yang juga merupakan kakak kepada gadis berkenaan.

 

 Malu pertama kali jumpa

Pun begitu, memandangkan mereka langsung tidak pernah jumpa, malah tidak juga berkomunikasi antara satu sama lain, gelagat adiknya sewaktu majlis pertunangan mereka jadi perhatian.

Dia tersipu malu dan jadi tak keruan untuk mempamer muka pada keluarga bakal tunang sehingga ia menjadi bahan tawa adik beradik.

"Tuan badan dah normal"

Walau bagaimanapun, majlis pertunangan itu berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Menerusi hantaran lain pula menyaksikan sorotan moment sewaktu sesi menyarung cincin dan juga bergambar bersama tunang dan juga ahli keluarga terdekat.

 

 

 "Macam tak cukup nafas tu"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya akui gagal menyembunyikan senyuman mereka kerana ikut malu mengenangkan nasib gadis itu.

 

"Aku tak bolehlah ramai2 ni"

"Salute dengan wanita macam ni"

Dalam pada itu, ada juga memuji caranya yang dianggap 'limited edition' kerana hanya berserah pada takdir lebih-lebih berkenaan dengan jodoh.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen