Tiada amaran, polis terus kompaun individu tak vaksin rentas negeri

Umum sedia maklum bahawa kerajaan kini telahpun membenarkan aktiviti rentas negeri setelah hampir dua tahun tertunda dek kerana peningkatan kes harian Covid-19.

Kompaun individu tak vaksin rentas negeri

Selain itu, meskipun tiada sekatan jalan raya (SJR) dilakukan namun, polis masih menjalankan tugas mereka untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu belum divaksin jika didapati rentas negeri.

Tumpuan utama di R&R

Menurut Jabatan Keselamatn Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman iaitu Datuk Hazani Ghazali, tindakan tegas itu akan diambil menerusi pemeriksaan pasukan pemantau di lokasi tumpuan orang ramai seperti kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Tambah beliau, ia bertujuan agar orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain memastikan tiada individu belum divaksin ambil kesempatan.

"Kerajaan umum mereka yang mahu rentas negeri perlu lengkap vaksin, maka mereka perlu patuhi perkara itu."

"Polis tidak akan beri amaran lagi sebaliknya terus keluarkan kompaun kepada mereka yang rentas negeri tanpa vaksinasi lengkap."

-Polis-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen