Nasib bongsu pertama kali 'dating', kakak tunggu kekasih datang, siap iring sampai pintu kereta

Sudah menjadi keutamaan kakak dan abang untuk menjaga adik-adik termasuklah mengetahui dengan siapa mereka berkawan.

Bukan ingin menyekat kebebasan mereka, namun yang sulung inilah sebenarnya mata dan telinga kepada mak ayah kita untuk memantau adik-beradik lebih-lebih lagi apabila mereka sudah tiada.

Tunggu kekasih adik

Begitulah juga yang dilakukan oleh pemilik Tiktok ini sewaktu menghantar adik perempuannya berjanji temu dengan kekasih buat pertama kalinya.

Mungkin nampak macam lucu, namun setiap orang ada cara tersendiri untuk menjaga dan memantau adik mereka.

Kakak lebih teruja, siap iring sampai pintu

Dalam perkongsian itu, mereka bersama-sama menunggu kehadiran kekasih adiknya di sebuah pam minyak untuk menjemputnya tetapi jika dapat dilihat kakak lebih teruja berbanding adiknya.

Lebih menarik perhatian lagi, si kakak terus mengiiringi adiknya hingga ke pintu kereta sambil berbual sebentar sebelum melepaskan mereka berdua dengan tujuan masing-masing.

"Bestnya ada kakak"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya seronok melihat cara kakaknya mengawal si adik. Mungkin nampak menyibuk tetapi boleh jadi ia merupakan cara yang diekspresikan untuk menunjukkan kasih sayang.

"Sambil interview lah tu"

"Bagus juga kalau family kenal"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen