"Saya bahagia dengan isteri & anak-anak saya..." - Faizal Azumu nafi nikahi Erra

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, terdapat khabar angin yang mendakwa pelakon Erra Fazira telah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik telah mendapat perhatian ramai.

Malah, nama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut dikaitan dengan khabar angin tersebut.

Susulan itu, Ahli Parlimen Tambun telah memberi respon ketika bersidang di Dewan Negara selepas diajukan soalan oleh Senator Datuk Razali Idris.

Memetik laporan Harian Metro, Faizal Azumu menjawab persoalan tersebut meskipun Speaker melarang beliau untuk menjawab.

"51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itupun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya" katanya.

Untuk makluman, sejak semalam nama pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira yang dikatakan sudah berkahwin dengan Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen