Arab Saudi benar jemaah tunai umrah, tapi penerima vaksin Sinovac perlu dos ketiga dulu

Sekian lama menanti, akhirnya rakyat Malaysia mampu mengukirkan senyuman selepas kerajaan membenarkan rentas negeri selain membuka sempadan untuk ke luar negara termasuklah bagi yang ingin mengerjakan ibadah haji atau umrah di Makkah.

Dos ketiga untuk penerima Sinovac

Walaubagaimanapun, kerajaan Arab Saudi dilapor memaklumkan bahawa individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac perlu mendapatkan dos ketiga sebelum menunaikan umrah.

Menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac sahaja.

"Berdasarkan maklumat terbaharu, Arab Saudi mahu suntikan kali ketiga bagi Sinovac sahaja manakala Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak.

"Ia bermakna mereka yang mengambil suntikan Sinovac sebelum ini dobenarkan menunaikan umrah, namun perlu mengambil suntikan kali ketiga."

-DS Razali-

Kos umrah juga meningkat

Tambah Razali lagi, syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi menyebabkan kos umrah bagi seorang jemaah meningkat antara RM 2,000 hingga RM3,000.

Ujarnya, peningkatan itu tidak dapat dielak berikutan penambahan kos visa, ujian saringan kendiri, kemudahan penginapan dan pengangkutan. Ia menjadikan kos bagi menunaikan umrah meningkat kepada RM8,500 berbanding kira-kira RM5,500 sebelum ini.

"Dulu kos visa sekitar RM250 hingga RM600 membabitkan insurans dan kos ujian saringan sekali."

"Syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi sememangnya menyebabkan kos umrah meingkat."

-DS Razali-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen