'Rider' perempuan dipuji bantu orang buta lintas jalan raya, -"Janji tak marah kalau lambat lepas ni..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi pengguna jalan raya, tentunya telah menjadi kebiasaan melihat pelbagai ragam ‘rider’ terutama apabila mereka ini menunjuk dirinya hero ketika menunggang motosikal.

Bagaimanapun, tidak semua seperti itu, ada juga yang baik dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walaupun ketika bertugas.

Rider bantu orang buta lintas jalan.

Kali ini, tular di media sosial akan seorang rider perempuan yang membantu seorang lelaki cacat penglihatan melintas jalan yang sedang sibuk.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @thedoctor654 memaparkan seorang rider berhenti di tengah-tengah jalan sebelum memimpin seorang lelaki buta ke pinggir jalan yang selamat dari kesibukkan jalan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Masjid Lama Batu 6, Gombak pada 13 Oktober lalu.

"MasyaAllah, hero jalan raya..."

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen tersentuh akan perbuatan rider tersebut. Malah, mereka turut mendoakan agar rider berkenaan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya.

Janji tak marah kalau lambat 

Buat baik tak kira tempat

Yang dikeji juga membantu

Alhamdulillah, dua nyawa terselamat

Moga dipermudahkan urusan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen