Tiba-tiba hulur cincin, netizen tanya Iqbal nak 'try' Iman Troye pula ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini penyanyi BBNU Iman Troye didakwa bertunang dengan pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel namun disangkal oleh kedua-duanya.

Iman Troye kena ‘try’ dengan Iqbal?

Namun, kali ini nama penyanyi berbakat ini sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila menerima cincin dari usahawan, Ahamd Iqbal Zulkifli di sebuah rancangan hiburan Astro.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Iman Troye di platform TikTok miliknya, memaparkan dia sedang menyanyi lagu terbarunya namun dengan tiba-tiba Iqbal menghulurkan sebentuk cincin kepadanya.

Walaupun terkejut dengan akan tindakan dari Iqbal itu, pemilik nama Siti Nur Iman Alyssa tetap bertindak profesional sebelum mengambil cincin tersebut dan meneruskan nyanyiannya seperti biasa.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu telah meraih lebih 600,000 jumlah tontonan dan lebih 60,000 tanda suka.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen berseloroh bahawa Dato Seri Vida yang pernah dikaitkan dengan Iqbal akan cemburu melihat adegan tersebut.

Malah ada juga yang mempersoalkan adakah Iqbal ingin mencuba nasib dengan Iman Troye pula.

Nak try Iman Troye pula ke?

DSV auto koyak

Habiskan stok cincin je kot

Iqbal buat kerja tak bersih

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen