Dugaan lima tahun kahwin 'is real', wanita diuji suami hidap kanser, -"Asalnya kami hidup bahagia..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam rumah tangga ini banyak ujiannya, namun apa jua cabaran yang mendatang jika dihadapi bersama-sama tentu sahanya mampu dihadapi oleh pasangan suami isteri tersebut.

Namun, apabila salah seorang jatuh sakit, tentunya kekuatan dan semangat sangat diperlukan walaupun bagai hilang arah seketika.

Dugaan 5 tahun pertama kahwin adalah benar!

Itulah yang dihadapi seorang wanita tabah dikenali sebagai Ruby Sara ini apabila suaminya Nazmi Husnie disahkan menghidap penyakit kanser lidah selepas lima tahun mereka berkahwin.

Berkongsi kecekalan suaminya melawan penyakit tersebut di platform TikTok, wanita berkenaan mendedahkan bahawa suaminya terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.


Dari bercinta hingga kahwin, kami jarang bergaduh. Apatah lagi isu curang. Masing-masing tahu jaga batas tapi Allah Maha Adil.

“DIA uji dengan kesihatan suami. Suami yang tak pernah sakit menghidap kanser lidah. Pembedahan yang ni ambil masa 11 jam. Lidah yang ada sel kanser dibuang hampir separuh dan diganti dengan otot peha,” tulisnya.

Kagum akan kegigihan suaminya melawan penyakit, ibu kepada seorang cahaya mata itu bersyukur apabila suaminya tidak memerlukan rawatan radioterapi dan kemoterapi berdasarkan keputusan ujian makmal.

“Cuma proses nak sembuh tak semudah disangka.. 5-6 kali buat pembedahan, dua kali masuk ICU. Berat turun hampir 20 kilogram.

“Masa ni segalanya diuji.. dari segi ketabahan, kesabaran dan kekuatan. Asalnya hidup kami bahagia tanpa masalah, lalu hari-hari hanya bertemankan air mata,” katanya.

Berkongsi keadaan terkini, Ruby memaklumkan bahawa suaminya sudah beransur pulih selain memohon orang ramai mendoakan agar Nazmi kembali sihat seperti sebelum ini.

“Doakan semoga suami saya semakin pulih dan kuat seperti dulu. Doakan keluarga kecil kami dipanjangkan umur dan bahagia sehingga akhir hayat,” luahnya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan kesembuhan suami wanita berkenaan selain turut memberi kata-kata semangat buatnya.

Awak isteri yang hebat

Semoga suami awak cepat sihat

Allah uji tanda Allah sayang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen