Geram anak minta buangkan sampah, mak nangis lepas tengok isi plastik ada hadiah mahal

Tiada anak yang ingin melihat mak atau ayah mereka susah, cukuplah segala pengorbanan mereka selama ini membesarkan serta memberi didikan yang sempurna untuk melihat kita berjaya.

Surprise telefon idaman mama

Bercerita pula tentang jasa, tak terbayar rasanya segala keringat mereka selama ini, namun kita pasti akan berusaha untuk membahagiakan ibu ayah selagi mereka masih hidup, seperti dilakukan gadis ini.

Menerusi perkongsiannya di Youtube, dia yang mesra disapa Ain telah sepakat dengan adik beradiknya untuk memberi kejutan kepada ibu mereka dengan menghadiahkan sebuah telefon yang diidamkan selama ini.

 

Walaupun, pada awalnya perbualan antara Ain dan mamanya seperti berseloroh tapi dia tetap nekad untuk membelinya juga memandangkan telefon mamanya sudah retak.

Respon mak pula undang sebak

Jadi, Ain dah adik-adiknya meletakkan kotak telefon berkenaan di dalam plastik merah dicampuri kertas serta sampah kerana ingin meminta mamanya buang.

Namun, sungguh meruntun hati sewaktu 'moment' mamanya membuka bungkusan plastik itu dan melihat isinya. Dia lantas memeluk ketiga-tiga anaknya dan menitipkan ucapan serta doa buat mereka.

"Aku ternangis sekali"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya akui gagal menahan sebak susulan melihat kasihnya seorang ibu serta cara dia menghargai pemberian  dari anak-anak.

 

Ucapan mama runtun hati

"Harap dapat banggakan mak ayah juga"

Dalam pada itu, ada juga yang berharap agar mereka juga sempat untuk membahagiankan orang tua sepertimana yang dilakukan oleh Ain dan juga individu lain yang sudah berjaya.

 

"Moga dimurahkan rezeki"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen