Pemuda cuak dompet tercicir di kandang, sekali tengok duit dah koyak 'diratah' kambing

Malang tidak berbau. Seorang pemuda yang juga merupakan pengusaha kambing ternakan berdepan detik mencemaskan apabila menyedari dompetnya tercicir.

Pelik poket rasa ringan

Menerusi perkongsiannya di Tiktok, pemilik akaun bernama Shah itu memberitahu bahawa pada awalnya dia merasakan poketnya ringan selepas pulang dari kandang kambing.

 

 Rupanya tercicir di kandang kambing

 Walaubagaimanapun, dia masih kekal tenang sehingga keesokan harinya selepas dia periksa kandang kambing dan menemukan dompetnya dalam keadaan sudah terbuka malah, sebahagian duit miliknya juga ada yang koyak dimakan kambing.

Tragedi itu benar-benar membuatkan warga Tiktok jadi tak keruan sehingga membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respon.

"Juallah buat ganti rugi"

Antaranya ada yang mencadangkan agar kambing itu dijual dengan harga yang mahal memandangkan duitnya sudah menjadi santapan mereka.

 

"Habislah kambing mahal"

"Boleh tukar kat bank"

Namun, tak kurang juga meminta agar Shah menukarkan semula wang tersebut di bank kerana ianya masih mempunyai nilai.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen