Anak Bill Gates pilih kahwin lelaki Muslim sebagai teman hidup

Oleh: Shasha Zack

Siapa tidak kenal dengan pengasas Microsoft yang juga merupakan seorang billionaire, Bill Gates. 

Baru-baru ini, anak perempuannya Jennifer Gates, 25 tahun telah memilih Nayel Nassar, 30 tahun yang merupakan seorang lelaki Muslim sebagai pasangan hidupnya.

Perkenalan mereka bermula di Universiti Stanford ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di sana.

Mereka dilaporkan telah menikah pada Jumaat lalu dalam satu majlis kecil-kecilan di ladang kuda milik Jennifer seluas 57.6 hektar di North Selam, New York.

Keesokan harinya, sebuah majlis besar-besaran telah diadakan di rumah Jennifer di Wetchester New York dengan kehadiran 300 orang tetamu yang wajib melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. 

Suasana majlis perkahwinan Jennifer & Nayel

Lelaki Muslim kelahiran Mesir

Nayel Nasar merupakan seorang ekuestrian yang telah beberapa kali mewakili Mesir dalam beberapa pertandingan ekuestrian. Beliau juga mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik di Jepun.

Perkahwinan pasangan ini turut di hadiri Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda. Mereka dilihat menemani Jessica melalui aisle yang disediakan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen