Tak geli pegang & main dengan katak, gadis 'limited edition' ini raih perhatian. "Wife material ni!"

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, tular video seorang gadis yang memegang beberapa ekor katak dan haiwan eksotik telah menarik perhatian ramai.

Pemegang akaun Tiktok @meyrazuzuu menunjukkan aksi memegang katak yang bersaiz sederhana besar dan ulat gonggok yang bersaiz besar menunjukkan reaksi tersenyum.

"Katak ni boleh lena bila orang gosok perut dia..."

Jika orang lain berasa geli melihat apatah lagi memegang katak, lain pula halnya dengan Meyra.

Video berdurasi 10 saat yang meraih 34 ribu tontonan ini telah menarik perhatian netizen dek kerana keberanian yang ditunjukkan oleh beliau. 

"Cuba cium mana tahu jadi putera katak..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang berseloroh bahawa katak tersebut akan bertukar menjadi putera atau manusia sekiranya dicium.

Malahan, ada yang menegaskan akan berlari sebaik sahaja melihat katak.

"The Human Centipede..."

Tidak hanya katak, malahan Meyra juga turut memuat naik videonya yang sedang memegang ulat gonggok bersaiz luar biasa besar.

Seorang netizen turut memberi gelaran "The human centipede" kepadanya, gara-gara keberaniannya yang memegang dan bermain dengan haiwan tersebut.

Video yang berdurasi 10 saat itu telah meraih lebih banyak tontonan sebanyak 197 ribu dari netizen.

"Eee meremang..."

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut menyuarakan rasa meremang dan geli dengan haiwan tersebut.

Mereka juga turut respect dengan kelakuan Meyra yang langsung tidak geli dengan haiwan sebegitu.

"Kalau masuk rumah saya, rumah tu dia punya..."

Ada juga netizen yang berseloroh sanggup mengalah dan memberikan seluruh isi rumah jika haiwan tersebut masuk ke kediamannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen