"Tak nangis pun, releks je dia!" -Baru 4 tahun, Yusuf Al-Qardawi dah berani naik 'flying fox'

Oleh: Shasha Zack

Siapa tidak kenal dengan putera bongsu Dato' Alif Syukri dan Datin Shahida, Yusof Al Qardawi ini. Umum sedia maklum tentang 'kecomelan' beliau.

Namun baru-baru ini, Yusof sekali lagi menunjukkan keberaniannya menaiki flying fox meskipun umurnya baru setahun jagung.

Video yang dimuat naik oleh @iwan_utaraa di laman Tiktoknya meraih 53 ribu tontonan netizen, yang rata-ratanya kagum dengan keberanian Yusof.

"Beraninya dia, cool je..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen positif dengan memuji keberanian Yusof mengharungi cabaran lasak tesebut.

Ada yang turut berkongsi pengalaman pernah menangis sewaktu mahu melakukan aktiviti ini.

"I pernah try, keluar suara jantan mak ni..."

Terdapat juga netizen yang berkongsikan pengalaman pernah mencuba cabaran ini namun tidak setenang Yusof.

"Parents yang berani expose anak-anak to this activitis kena dipuji juga..."

Pujian juga diberikan buat Dato' Alif Syukri dan Datin Shahida yang mendedahkan Yusof kepada aktiviti lasak sebegini sedari usia muda lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen