Kim Seon Ho minta maaf, mengaku paksa bekas kekasih gugurkan kandungan

Oleh: Shasha Zack

Desas desus dan tanda tanya siapakah 'Pelakon K' terbongkar hari ini setelah Kim Seon Ho tampil membuat pengakuan.

Pelakon yang popular dengan drama terbarunya, Hometown Cha-Cha-Cha itu mengakui bersalah telah memaksa bekas kekasihnya menggugurkan kandungan.

Janji untuk berkahwin...

Gossip yang tersebar sebelum ini melibatkan seorang individu, 'A' yang telah mendedahkan seorang pelakon, 'K' bukanlah sweet dan baik seperti watak dalam drama yang dilakonkan.

'A' juga turut membongkarkan bahawa dia telah dipaksa untuk menggugurkan kandungannya dan ditabur dengan janji palsu oleh 'K' untuk mengahwininya.

Masih menunggu waktu yang sesuai...

Pelakon yang melakonkan watak Hong Du-Shik itu turut meminta maaf secara terbuka buat bekas kekasihnya. Beliau juga mendakwa berasa sangat takut setelah banyak berita berkaitan 'K' mengaitkan dirinya sebagai pelaku.

Melalui permohonan maaf tersebut juga, Kim Seon Ho menjelaskan hubungan dengan bekas kekasihnya adalah atas dasar cinta. Beliau juga meminta untuk diberikan peluang bertemu empat mata dengan bekas kekasihnya demi menyelesaikan kes ini.

Minta maaf dengan semua yang terluka

Kim Seon Ho juga dengan rendah diri telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak produksi yang turut sama terpalit dengan kontroversi dirinya. Beliau benar-benar menyesal atas apa yang terjadi dan mengharapkan agar pihak di luar sana masih memberikan sokongan buatnya bagi menempuh dugaan ini.

Pelakon tersebut turut menyatakan rasa terkilan atas kesalahan yang dibuat dan menegaskan bahawa siapalah dia tanpa sokongan dan kepercayaan dari orang-orang di sekelilingnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen