Sempat buat 'pickup line' tengah 'live', akak wartawan buat ramai tersengih sorang2

Oleh: Shasha Zack

Pekerjaan seorang wartawan sememangnya mencabar kerana hendaklah sentiasa bersedia untuk membuat liputan berita semasa.

Begitu juga halnya dengan video yang viral baru-baru ini melibatkan seorang wartawan yang sedang melaporkan situasi aliran trafik berikutan arahan rentas negeri oleh pihak kerajaan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, sewaktu sedang sibuk membuat live, akak wartawan tersebut dilihat sempat mengeluarkan pickup line.

"Masing-masing ceria dapat merentas negeri, apatah lagi kalau ada yang merentas hati"

Video yang meraih 37.8 ribu tontonan itu juga nampaknya menarik perhatian dan mencuit hati ramai netizen dengan selingan pickup line yang diberikan.

Video yang berdurasi 10 saat itu menunjukkan wartawan tersebut sedang berada di bahu jalan sambil membuat liputan mengenai keadaan lalu lintas semasa.

"First time tengok berita sambil senyum"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton menyatakan yang mereka tersenyum sebaik sahaja mendengar pickup line yang disampaikan. 

"Saya engineer, umur 26..."

Ada juga netizen yang mencuba nasib dengan terus memberi salam perkenalan. 

"Brader bahasa isyarat pon kena cia cia ayat wartawan ni..."

Tidak kurang juga netizen yang turut concern dengan terjemahan daripada penterjemah bahasa isyarat di sudut bawah. Mereka menyatakan terhibur dengan gelagat penterjemah tersebut.

Malahan ada juga yang mahu melihat bagaimana pickup line diterjemah menjadi bahasa isyarat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen