Kes Neelofa & suami langgar SOP, peguam mohon budi bicara tarik balik pertuduhan

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, pasangan selebriti, Noor Neelofa yang memakai jubah putih bersama suami Muhammad Haris, berpakaian sut lengkap berwarna biru dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 9 pagi tadi.

Difahamkan, kehadiran pasangan itu adalah susulan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis permaidani di Nilai yang didakwa dilakukan pada Mei lalu.


Pihak peguam pembela pasangan tersebut dikatakan telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menarik balik pertuduhan berkenaan.

Memetik laporan Kosmo Online, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed memaklumkan perkara itu selepas prosiding pengurusan kes tersebut di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Satu salinan representasi telah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara semalam dan kami memohon kepada pihak mereka untuk menggunakan budi bicara bagi menarik balik pertuduhan ke atas anak guam kami.


“Kita merasakan pertuduhan – pertuduhan yang di bawa (oleh anak guam) pada asasnya bukanlah satu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh,” katanya di sini hari ini.

Kata Wan Aizuddin, pihak pembelaan telah diberi masa satu bulan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling dalam prosiding mahkamah memaklumkan bahawa pihak pendakwaan juga telah menerima representasi daripada pihak pembelaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Pihak pendakwaan memerlukan masa satu bulan untuk mengkaji representasi oleh OKS (Orang Kena Siasat),” katanya di sini hari ini.

Majistret, Mohd. Firdaus Saleh kemudian menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen