Mak sakat anak kerap main 'handphone' dengan 'eyeshadow' hitam, "Mama! Help me!"

Oleh: Shasha Zack

Pada era kini, gajet merupakan sesuatu yang sangat penting. Tidak kira peringkat usia, semua golongan umur sudah arif menggunakan telefon pintar.

Namun, terlampau kerap bermain handphone juga ada kesan buruknya. Begitu juga halnya dengan adik pengguna Tiktok @bellanabilaaaaaaa yang tidak lekang menggunakan telefon pintar.

Melalui perkongsian video yang meraih 26 ribu tontonan itu memperlihatkan reaksi adik Belle yang ketakutan akibat daripada kesan gelap matanya.

Video tersebut menunjukkan adik Belle diusik oleh keluarga mereka menggunakan eyeshadow pallete yang dicalit oleh ibu mereka pada mata adiknya.

"Mama.. Help me mama..."

Rata-rata netizen yang menonton sangat terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh adik Bella. Dia menjerit-jerit memanggil  nama mamanya dan merayu untuk makan ubat kerana terlampau takut bakal mati.

"Thanks for the tutorial..."

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang berterima kasih kerana memberikan idea ini untuk diperlakukan pada ahli keluarga mereka yang berperangai sama.

"Bagusnya adiknya ni, dia takut..."

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman dan memuji tingkah comel adik ini yang menjerit meminta ubat. Kerana lain pula dengan hal adiknya yang psti akan mencuci kesan hitam tersebut dan lari dari makan ubat.

"Terus ingat Allah..."

Ruangan komen juga dipenuhi dengan komen netizen yang terhibur dengan gelagat adik Bella yang berterusan menyebut kalimah Allah. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen