Tak ada 'fitting room' ke bang? Netizen selar tindakan lelaki tukar baju di tengah-tengah kedai

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak-sejak dah diberi banyak kelonggaran sekiranya sudah melengkapi dua dos vaksinasi ini, tentunya ramai yang mengambil peluang pergi melancong dan membeli belah .

Masa inilah ingin melepaskan apa yang terpaksa disekat sepanjang ‘berkurung’ di rumah bagi mengawal penularan Covid-19.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman Twitter akan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menukar baju di tengah-tengah kedai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguan Twitter dikenali sebagai @amer_aljeffrey ini, memaparkan seorang lelaki dengan selamba mencuba baju baru yang dipamerkan di tengah kedai tanpa berselindung.

Malah, baju dan pelitup muka yang telah digunakan juga diletakkan di atas baju yang dipamerkan untuk orang ramai tanpa memperdulikan kebersihan pakaian tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dianggap sengaja melakukan perbuatan tersebut demi menunjukkan badannya yang sado.

Badan je sado

Nak tunjuk badan la tu

Tak jaga kebersihan ke?

Customer macam ni memang ada

Walau bagaimanapun, difahamkan kejadian tersebut berlaku di negara jiran, Indonesia dan bukannya di dalam negara.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen