Sanggup tinggalkan kerja di luar negara demi jaga mak sakit, adik sebak kenang pengorbanan abang

Oleh: Shasha Zack

Keikhlasan dan kesungguhan seorang abang menjaga ibunya yang sakit telah menyentuh hati seorang adik malahan hati netizen.

"Sebulan lebih abang balik jaga mak, tinggal keluarga demi seorang mak..."

Video yang dimuat naik oleh adiknya di laman Tiktok, @nurkhadijah111 mendapat perhatian dan pujian oleh netizen.

Khadijah juga menceritakan bahawa abangnya sanggup berjauhan dengan keluarga selama lebih dari sebulan untuk menjaga kebajikan ibunya.

"Dia mandikan, suapkan mak makan, apa mak nak semua dia sediakan..."

Susulan dari itu, Khadijah menceritakan lagi bahawa semua kebajikan ibunya diuruskan oleh abangnya, Alias tanpa merungut.

Malahan segala keperluan ibunya disediakan sebaik sahaja permintaan dibuat oleh ibu mereka.

"Masing-masing sedih sebenarnya nak berpisah..."

Meskipun begitu, Alias yang mempunyai keluarga di Singapura terpaksa juga meninggalkan mereka demi kembali ke pangkuan keluarga.

Raut wajah masing-masing kelihatan sedih, namun Alias dan ibunya sempat meluangkan masa bermain buai bersama.

"Jatuh air mata seorang anak..."

Detik perpisahan mereka terjadi juga. Apa kan daya, setelah lebih sebulan berkhidmat dan menjaga ibu dengan penuh kasih sayang, Alias terpaksa juga pulang ke Singapura.

Video perpisahan yang direkodkan oleh Khadijah itu menunjukkan Alias yang mengesat air mata kerana sebak.

"Syurga buatmu nak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perilaku Alias yang menjaga ibunya sepenuh hati.

Malah ada yang mendoakan Alias dipermudahkan urusan dan ditempatkan di syurga.

"Allahuakbar sedihnya..."

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sempat menjaga ibu yang sakit, namun hanya beberapa bulan sebelum ibunya kembali kepada Sang Pencipta.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen