Taksub nak kulit cantik, wanita kerap makan jamu dan suntik pemutih hidap bengkak hati

Ketaksuban seorang wanita berusia 22 tahun ingin kelihatan cantik telah mendorong dirinya untuk mengambil suntikan mencerahkan badan selain mengamalkan jamu.

Wanita amal makan jamu hidap bengkak hati

Namun, lain pula yang jadi apabila mengenangkan bahana yang menimpanya apabila disahkan bengkak hati kesan daripada perbuatannya sejak 2 tahun lalu.

"Saya mengaku tidak berfikir panjang ketika itu kerana hanya mahu dapatkan kulit cerah dan cantik tapi lain pula jadinya apabila penyakit datang."

"Sakit itu berlarutan selama dua minggu hingga akhirnya dimasukkan ke hospital. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati hati saya bengkak dan doktor bertanya sama ada saya ada ambil jamu atau suntikan kecantikan."

"Saya beritahu perkara sebenar dan doktor mengesyaki penyakit dialaminya ada kaitan dengan jamu dan suntikan kecantikan."

-Umi Hafiza-

Nak tarik pelanggan beli produk

Dalam pada itu, Umi turut berkongsi tujuannya mengambil suntikan tersebut adalah bagi meyakinkan pelanggan yang membeli produk kosmetik dijualnya secara dalam talian.

"Bagi saya, bila kita cantik, lebih mudah untuk tarik minat orang untuk membeli jadi beranikan diri mengambil suntikan kecantikan di sebuah spa."

"Kebetulan spa berkenaan menawarkan harga promosi RM550 bagi tiga kali suntikan, sesuai dengan kemampuan saya ."

-Umi Hafiza-

Kulit tukar gelap lepas rawatan

Walaubagaimanapun, perubahan itu hanya bertahan selepas selesai sesi ketiga rawatan. Ujarnya, kulit bertukar jadi gelap semula menyebabkan dia mulai rasa sangsi untuk meneruskan ambik suntikan walaupun telah dipelawa.

"Apa yang berlaku membuatkan saya serik untuk ambil lagi suntikan kecantikan malah, tidak lagi makan jamu walaupun sudah mengamalkannya sejak dua tahun lalu kerana takut penyakitnya jadi bertambah serius."

-Umi Hafiza-

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen