"Serius la RM1...." - Netizen doakan makcik jual nasi lemak 'bajet' murah rezeki

Oleh: Shasha Zack

Berniaga sememangnya sudah menjadi salah satu mata pencarian rakyat Malaysia. Tidak kira usia, semua lapisan umur sekarang sudah semakin galak mencari rezeki dalam bidang ini.

Nasi lemak telur bungkus RM1...

Begitu juga halnya dengan seorang 'makcik nasi lemak' yang tular baru-baru ini kerana menjual hasil dagangannya dengan harga cuma RM1.

"Ya Allah kau sihatkanlah tubuh badan makcik ni selalu.."

Melalui video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok @arfiza_farzira86, beliau berkongsi pengalamannya mencuba nasi lemak dan nasi goreng RM1 yang terletak di Taman Temara Ipoh, Perak.

Video yang berdurasi 1 minit tersebut meraih 44 ribu tontonan dari netizen yang terharu dengan harga murah ditawarkan.

"Meniaga sambil bersedekah... semoga dimurahkan rezeki..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton mendoakan kemurahan rezeki makcik tersebut kerana menjual makanan dengan harga yang mampu milik.

"Air tangan orang lama memang sedap"

Terdapat juga netizen yang terliur dengan video posting tersebut dan mengatakan bahawa air tangan orang lama semestinya menghasilkan juadah yang sedap dimakan.

"Makanan balut dengan paper is another level of sedap..."

Ada juga netizen yang turut berkongsi bahawa sekiranya makanan yang dijual dibungkus dengan kertas, pastinya memberi hasil yang lebih enak.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen