Kain kapan arwah abang masih elok, tak reput walaupun dikebumikan 23 tahun lalu

Oleh: Shasha Zack

Setiap yang hidup, pasti akan mati. Namun, sudah pasti kematian akan tetap menimbulkan suasana sayu pada setiap orang yang mengalaminya.

Hal ini turut dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok, @kakzue_kaklat yang memuat naik sebuah video mengenai pemergian arwah bapanya pada Julai tahun lalu.

Pusara digali semula untuk kebumi arwah bapa

Difahamkan, jenazah bapanya dikebumikan dalam satu liang lahad bersama arwah abangnya yang dijemput Ilahi pada tahun 1996.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, sebaik sahaja kubur tersebut digali, kain kapan arwah abangnya yang telah tersemadi selama 23 tahun masih utuh.

Hanya insan terpilih diberi keistimewaan seperti itu

Video yang berdurasi 20 saat itu meraih tontonan sebanyak 55.4 ribu netizen yang meluahkan rasa terharu dengan keajaiban yang berlaku.

"Subhanallah, apa rahsia arwah..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui keajaiban dan keistimewaan yang dialami oleh arwah. Sehingga ramai yang bertanya apakah kebaikan yang dilakukan oleh arwah semasa hayatnya.

"Kain kapan arwah kembar abah masih elok walau dah 10 tahun..."

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sama mengenai bapa saudara yang juga telah meninggal dunia sejak 10 tahun lalu. Namun, kain kapan arwah juga masih elok tanpa sedikit reput.

"Jatuh air mata bila tengok..."

Terdapat juga netizen yang memberi reaksi sedih dan hampir menangis ekoran menonton video yang dikongsi ini. Malah beliau turut teringat akan arwah ayahnya yang telah meninggal dunia. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen