Rasa 'awkward' kahwin dengan kawan baik, pengantin auto tergelak nak cium dahi isteri atas pelamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu semuanya rahsia Allah SWT. Bila sudah sampai waktunya, akan hadir seseorang insan yang selama ini ditunggu-tunggu sebagai pasangan hidup.

Namun siapa sangka rupa-rupanya, insan yang bertuah itu adalah rakan sepermainan sendiri yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.

Bila kahwin dengan kawan sendiri.

Seperti video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @intansyakira_ ini apabila berkongsi moment batal air sembahyang ketika selesai akad nikah.

Menerusi video berdurasi tujuh saat itu memaparkan pasangan lengkap berbusana sedondon berwarna putih sedang duduk di atas pelamin.

Bagaimanapun, ketika pengantin lelaki ingin mencium dahi pengantin perempuan, kedua-duanya dilihat tidak selesa sebelum ketawa di atas pelamin tersebut.

Difahamkan, pasangan pengantin ini merupakan rakan baik dan telah memilih untuk disatukan sebagai suami isteri yang sah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan berkenaan selain turut mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Pandang muka auto gelak

Mesti rasa janggal 

Semoga berkekalan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen