"Suamiku, jiranku..." - Tak gaduh nak balik kampung, gadis kongsi rumah mentua hanya 10 tapak je

Oleh: Shasha Zack

Setiap pasangan suami isteri pastinya mempunyai konflik untuk pulang ke kampung siapa dahulu tidak kira menjelang musim perayaan atau sekadar kunjungan biasa.

Lain pula halnya dengan seorang pengguna Tiktok @keisha4570 yang berkongsi ceritanya yang tidak perlu 'berebut' nak balik ke kampung siapa dahulu.

"10 tapak je awak rumah mentua kita..."

Apa yang menarik perhatian netizen, perjalanan pulang ke kampung mentua hanya memerlukan 10 tapak sahaja tanpa perlu bersesak dengan lalu lintas.

"Tak kalut nak balik raya..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsikan.

Malahan mereka mengatakan tiada masalah jika urusan rentas negeri tidak dibenarkan kerana kampung mereka yang hanya 10 tapak perjalanan.

"Kebetulan ada satu rumah dekat dengan mentua..."

Memetik dari laporan Mstar, wanita tersebut menceritakan bagaimana keluarga mereka boleh duduk berdekatan. Pada mulanya jarak antara rumah ibunya dengan mentua adalah sejauh 1kilometer. Namun, tuan rumah pada ketika itu ingin meminta semula rumah yang diduduki oleh keluarganya.

Kebetulan pada ketika itu, terdapat satu rumah yang berdekatan dengan rumah mentua dan mereka memutuskan untuk terus menetap di situ.

"Dulu jarak 1km, sekarang 10 tapak je. Apa-apa boleh lalu belakang rumah, tinggal ketuk dan beri salam je. Selalu juga kami bertukar juadah antara satu sama lain..."

Gambar bersama keluarga dan adik beradik

 "Tak ada masalah nak balik kampung siapa sebab dekat..."

Difahamkan, pasangan ini juga tidak mempunyai sebarang masalah, malahan lebih suka kerana tiada konflik untuk pulang ke kampung. Memetik temubualnya dalam Mstar, wanita ini juga berkongsi pengalamannya yang akan bermalam di kedua-dua rumah ibunya dan mentuanya. 

"Kalau kami balik, ada je tempat untuk kami bermalam di kedua-dua rumah. Kalau siang di rumah ibu. Malam di rumah mentua. Ikut keadaan..."

Gambar bersama keluarga mentua

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen