Kecewa MU kalah, peminat koyak baju & baling atas bumbung buat netizen terhibur

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat peminat bola sepak dunia pastinya sangat tertunggu-tunggu pasukan kegemaran mereka berlawan di perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Malah, pada malam tadi perlawanan antara dua nama besar antara Liverpool dan Manchester United (MU) telah dinanti-nantikan oleh peminat sukan bola sepak itu.

Bagaimanapun, Liverpool berjaya membenamkan Manchester United 5-0 tanpa memberi peluang kepada pasukan berkenaan membalas sebarang mata.

Perkara tersebut telah membuat para peminat MU kecewa sehingga sanggup mengoyakkan jersi club berkenaan kerana terlalu marah.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter oleh @MirulHaziqRadzi memaparkan gelagat rakannya yang bertindak mengoyakkan baju dan membuangnya kerana marah dengan kekalahan kumpulan berkenaan.

Menerusi video berdurasi 25 saat itu memaparkan gelagat lelaki berkenaan membuka baju dan mengoyakkan baju tersebut ke atas bumbung sebelum pergi meninggalkan kawasan berkenaan kerana terlalu kecewa.

Malah, beberapa pengguna Twitter lain turut berkongsi gelagat rakan-rakannya yang turut melakukan perkara yang sama kerana tidak terima kekalahan club kesayangan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat berkenaan selain turut berseloroh agar rakan pengguna Twitter berkenaan terima hakikat akan kekalahan tersebut.

Jangan marah-marah bang

Nasib baju pasar malam

Seronok tengok member 'koyak'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen