4 kali praktis depan tok kadi, wanita kagum lihat 'effort' suami Syria lafaz akad dalam BM

Meskipun berbeza bahasa juga budaya, namun hasrat pasangan ini untuk berkahwin nampaknya tidak menjadi masalah atau halangan dari kedua-dua belah pihak keluarga.

Bercerita lanjut mengenai status hubungan mereka, dia yang bernama Rhainna Natasha telah selamat berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya, Abdul Aziz Murad yang merupakan warga Syria.

Gadis pilih lelaki Syria sebagai suami

Ujarnya, sebelum sesi akad nikah, suaminya rajin berlatih dengan ayah Rhainna malah, juga bersama dengan tok kadi sebelum melafazkan akad.

"Saya bangga dengan usahanya, walaupun bukan sekali lafaz tetapi dia bersungguh-sungguh ingin melafazkan akad nikah dalam Bahasa Melayu."

"Sebelum tarikh pernikahan kami, dia rajin berlatih dengan ayah saya di rumah."

"Malah, sebelum akad nikah sebenar berlangsung, dia sempat berlatih melafazkan akad nikah sampai empat kali bersama tok kadi sebelum akan nikah sebenar berlangsung."

-Rhainna-

"Seronok keluarga pun alukan kedatangan saya..."

Tambah wanita berusia 25 tahun itu, suaminya berbuat demikian adalah bagi memudahkan saksi memahami lafaz akad yang disampaikan, wahal dia dibenar membuat pilihan antara Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.

Kagum lihat kesungguhan suami lafaz akad

Dalam pada itu, Rhainna terbuka untuk akui bahawa keterujaannya bersuamikan seorang lelaki yang berbeza budaya lebih-lebih lagi apabila tiada tentangan dari keluarga.

"Uniknya mengenai perkahwinan campur ini, saya dapat mengenali budaya bangsa yang berlainan dari segi bahasa dan adat."

"Lebih seronok, apabila keluarga suami sangat mengalu-alukan kehadiran saya sebagai sebahagian daripada keluarganya."

"Saya juga baru tahu budaya Syria tiada istilah 'teman wanita' atau 'teman lelaki', jika suka terus buat kontrak pertunangan dan mungkin kerana itu hanya dalam masa lima bulan kami berkenalan, dia terus mahu jumpa ayah saya untuk bertunang."

-Rhainna-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen