Sejak kecil ke mana sahaja, adik kembar 'jalan' dulu abang luah rasa rindu

Oleh: Shasha Zack

Bagai isi dengan kuku. Begitulah hubungan rapat setiap pasangan kembar yang sentiasa melakukan apa jua perkara bersama-sama. Bukan itu sahaja, malah ada pasangan kembar yang siap berkongsi segalanya termasuklah minat dan hobi.

Namun, pastinya ada sesuatu yang bakal memisahkan mereka. Hal ini berlaku kepada salah seorang kembar yang tular baru-baru ini iaitu Wan Fais Fayzan (Fais) dan Wan Fais Faraqhan (Paan), di mana Paan telah berkahwin.

"Lepasni mungkin tak bersama twin lagi..."

Video yang dimuat naik oleh Fais di laman Tiktoknya, @wanfais_ itu menarik perhatian netizen dengan caption yang ditulis oleh Fais dilihat sangat sedih untuk melepaskan kembarnya, Paan.

Video yang berdurasi 1 minit tersebut meraih 188.2 ribu tontonan dari netizen yang mendoakan kebahagiaan kembarnya, Paan seterusnya mendoakan Fais bertemu jodoh juga.

"Sedihnya bila sorang twins yang jalan dulu..."

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang berkongsi kesedihan dengan Fais  mempersoalkan tentang nasib sendiri yang bakal sedih jika kembarnya turut bertemu jodoh sebelum dia.

"Tahniah buat twins, semoga awak cepat ditemukan jodoh..."

Terdapat juga netizen yang memberi ucapan tahniah buat Paan dan mendoakan supaya Fais dipertemukan jodoh.

"Walaupon lahir sama-sama, tapi jodoh tetap rahsia Allah..."

Tidak kurang juga netizen yang turut kagum dengan bukti kekuasaan Allah yang menunjukkan bahawa walaupon kembar, namun tiada siapa tahu jodoh masing-masing.

"Walaupon kami selalu bergaduh, namun bila berjauhan kasih dan sayang tetap ada..."

Susulan daripada video perkahwinan Paan, Fais telah memuat naik satu lagi video yang menceritakan tentang perasaannya tentang perkahwinan Paan.

Katanya, walaupon mereka sering berselisih pendapat, namun dia sangat terkesan untuk berjauhan apabila Paan yang telah berkahwin pasti terpaksa berpisah dengannya.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen