Hanya mampu senyum lihat suami kahwin lain, tanda ikhlas isteri siap sarung gelang dekat bini muda

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah seorang wanita membuka hati untuk berkongsi kasih. Malah, isu mengenai bermadu atau berpoligami ini begitu sensitif dalam kalangan wanita.

Hanya wanita yang begitu tabah sahaja boleh melakukan perkara ini dan reda sekiranya dia perlu berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Teman suami kahwin lagi.

Sama seperti seorang wanita dari Indonesia ini apabila dipuji seorang yang kuat apabila menemani suaminya bernikah lagi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @abdi_negara8181 memaparkan seorang wanita di sisi bakal madu ketika proses akad nikah berlaku.

Rakaman video tersebut juga memaparkan wanita berkenaan masih mampu tersenyum lebar walaupun melihat suaminya walaupun dirinya bakal dimadukan.

Malah, wanita tersebut juga sempat memakaikan gelang pada madunya itu apabila suaminya sah mempunyai isteri kedua.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut mengagumi wanita berkenaan selain menyelami hati isteri pertama itu.

Muka tersenyum, hati siapa tahu.

Ringan tugas isteri lepas ni.

Harap suami berlaku adil.

Wanita hebat!

Artikel Lain

Tinggalkan Komen