"Apa je Myvi tak boleh buat..." - Aksi 'King' 'towing' lori jadi perhatian netizen

Oleh: Shasha Zack

Fenomena kereta Myvi yang melakukan perkara tak 'terjangkau fikiran' sudah menjadi satu norma baharu di Malaysia.

Begitu juga halnya dengan sebuah video yang menunjukkan kereta Myvi sekali lagi 'beraksi' dengan menarik sebuah lori di belakangnya.

"Nothing is possible, Myvi everything can!!!"

Video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok, @affendiderus telah meraih 126.2 ribu tontonan netizen yang tidak menafikan 'kehebatan' kereta Myvi.

"Myvi different breed.."

Ruangan komen dihujani dengan netizen yang terhibur dengan aksi 'luar biasa kereta Myvi tersebut.

Malah pada mereka, tidak hairan kereta Myvi mampu melakukan apa sahaja memandangkan sebelum ini 'aksi' Myvi sudah banyak kali tular di media sosial.

"I once carried a fridge in my Myvi..."

Ada juga yang berkongsi cerita pernah 'mengangkut' sebuah peti ais bersaiz besar ke Seremban dengan hanya menaiki kereta Myvi nya.

"Myvi ni hidup 3 alam bos..."

Tidak kurang juga yang berseloroh bahawa kereta Myvi sememangnya hidup tiga alam disebabkan kemampuannya yang pelbagai.

"Rasanya Myvi dah boleh stanby jadi kereta perang..."

Melihatkan kemampuan kereta Myvi, ada netizen yang berseloroh bahawa kereta tersebut hendklah bersedia untuk dijadikan kereta perang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen