Dari 'customer' jadi teman hidup, lelaki kongsi detik pertemuan dengan isteri - "Aku makeupkan dia..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu rahsia Allah, siapa sangka dari detik berkenalan sebagai pelanggan akhirnya bersatu di jinjang pelamin sebagai pasangan suami isteri.

Perkara itulah yang dilalui pengguna TikTok dikenali senagai @firdaus_rubae_dre ini apabila berkongsi moment pertemuannya dengan isteri tercinta.

Menerusi video yang dimuat naik, dia menyatakan bahawa dia bertemu dengan isteri pertama kali ketika menjadi jurumakep ketika wanita berkenaan bernikah dengan suaminya yang terdahulu.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang dan perkahwinan bersama suami terdahulu hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.

Kemudian barulah dia bertemu jodoh dengan @firdaus_rubae_dre yang merupakan jurumekap yang pernah mendandannya ketika majlis perkahwinan dulu.

Bahkan, rumah tangga mereka kini sudah mencecah tujuh tahun dan dikurniakan beberapa orang anak sebagai penyeri hubungan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat pertemuan pasangan itu selain turut mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

Betul-betul jodoh depan mata.

Moga berkasih sayang hingga syurga

Macam dalam novel

Moga bahagia selalu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen