Penat jaga anak kecil, wanita menangis 'struggle' jadi suri rumah & ibu muda buat keluarga

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi seorang suri rumah pastinya dianggap satu tugas yang mudah dan banyak rehat, namun secara realitinya itu satu tugas berat yang terpaksa dipikul ibu-ibu demi keselesaan keluarganya.

Meskipun hanya berdepan urusan rumah dan anak-anak sahaja namun tidka mustahil ada ibu-ibu mengalami tekanan kerana perkara tersebut.

Wanita penat uruskan rumah tangga.

Itulah yang dilalui seorang ibu muda ini apabila mendedahkan keadaan dirinya berdepan dengan masalah kemurungan selepas dirinya bergelar seorang suri rumah dan juga ibu.

Menerusi perkongsian di Instagram wanita dikenali sebagai Bunga Ayu Dewi dia berkongsi moment saat tidak mampu menahan air mata kerana tugas menguruskan anak yang masih kecil sangat memenatkan.

Menguatkan lagi kenyataan itu, pada tahun 2012 ada kajian yang mendedahkan golongan ‘housewife’ tercendurung untuk mengalami simptom depresi berbanding wanita bekerjaya.

Ibu muda itu juga meningatkan orang ramai agar tidak memperlekeh tugas suri rumah selain memandang tingan terhadap masalah kemurungan.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan selain turut memahami keadaan dirinya. Malah, ada juga yang menyuarakan pendapat bahawa ibu kerjaya juga berdepan masalah yang sama.

Faham sangat perasaan tu

Terus bersemangat

Penat mental & fizikal

Ibu berkejaya pun berdepan masalah ni

Semua ibu-ibu hebat

Artikel Lain

Tinggalkan Komen