Seorang diri dalam bilik berkunci waktu PdPR, ayah terkejut tahu anak jatuh dari tingkat 7

Memetik laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 7 di apartment kediamannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, laporan tersebut diterima pihaknya sekitar jam 6.55 petang pada Isnin.

Bilik berkunci waktu PdPR

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bernama Keisya Nawrah Md Rizal berada dalam bilik seorang diri kerana mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)  dan bilik berkunci dari dalam.

Sementara itu, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama kakak berusia 14 tahun dan adik lelaki berusia tujuh tahun, manakala ibu bapa mangsa keluar bekerja.

"Ibu bapa mangsa yang pulang kira-kira 6 petang mendapati bilik mangsa berkunci dari dalam dan pintu hanya dapat dibuka menggunakan kunci pendua."

"Sebaik dibuka didapati mangsa tiada dalam bilik, manakala tingkap dan jeriji terbuka. Ibu bapa mangsa bergegas ke tingkat bawah bangunan itu dan mendapati orang ramai sedang berkumpul melihat anaknya yang terbaring di atas lantai."

-Polis-

Maut ketika dapatkan rawatan

Walaubagaimanapun, mangsa yang pada ketika itu kritikal telah dibawa ke Hospital Putrajaya, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 7 petang.

"Pemeriksaan doktor mendapati mangsa patah kedua belah siku dan kaki kiri, manakala punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan."

-Polis-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen