Suami 'spotcheck' OOTD isteri sebelum keluar rumah, dipuji netizen

Oleh: Shasha Zack

Setiap individu pasti akan melindungi orang yang disayangi dari setiap aspek.

Begitu juga halnya dengan seorang pengguna Tiktok, @mashitahbasir berkongsikan video suaminya yang menjaga pemakaiannya sebelum keluar rumah.

"Orang dah letak bawah pergi tarik-tarik..."

Video yang meraih 49.1 ribu tontonan itu merakamkan suami wanita tersebut yang melabuhkan tudung isterinya semasa mereka sedang bersiap.

"Alhamdulilah semoga berbahagia sampai syurga..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui suami wanita ini yang sangat menjaga auratnya.

Malahan mereka juga mengatakan bahawa wanita ini beruntung mendapat suami terbaik.

"Macam suami sis jugak..."

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sama dan mengatakan akhirnya dia berubah menjadi lebih baik gara-gara teguran membina dari suaminya.

"Doakan sis dapat suami yang baik juga..."

Terdapat juga netizen yang menginginkan suami yang baik dan bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen