Nampak warga asing 'kelaparan di 'parking', lelaki hulur makanan dipuji netizen

Oleh: Shasha Zack

Jika kita mempunyai rezeki lebih, tidak salah rasanya untuk kita bersedekah dan membantu orang-orang di sekeliling kita yang memerlukan.

Begitulah kebaikan yang patut dicontohi seperti yang ditunjukkan oleh @nan4.97 dalam videonya di Tiktok membantu warga asing kelaparan di pusat beli belah Giant.

"Dia pegang perut sambil tahan lapar kot..."

Perkongsian yang meraih perhatian 15.4 ribu netizen itu merakamkan pertolongan yang dihulurkan oleh beliau dan suami kepada seorang warga asing yang sedang duduk di hadapan kereta mereka sambil memegang perut.

Tanpa berfikir panjang, mereka yang kebetulan membeli makanan lebih telah membantu warga asing tersebut dengan memberi sedikit wang dan makanan.

"Susah sebenarnya dak didatangkan orang yang betul untuk dibantu..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menumpang rasa syukur atas bantuan yang diberikan oleh lelaki tersebut.

Ada yang juga mengatakan bahawa mereka beruntung kerana bertemu dengan insan yang benar-benar susah dan memerlukan bantuan.

"Serius rasa nak nangis..."

Segelintir netizen juga turut meluahkan rasa sayu melihat keadaan warga asing tersebut.

Atas bantuan mereka, akhirnya warga asing tersebut boleh mengalas perut pada hari itu.

"Apa pun bangsanya, sebagai manusia perlu ada sifat kemanusiaan..."

Tidak kurang juga netizen yang memuji tindakan lelaki ini yang langsung tidak mengira bangsa dan agama dalam menghulurkan bantuan.

Malahan, mereka mendoakan lelaki ini dan keluarganya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

"Kawan saya ada nak pakai pekerja..."

Akibat tularnya video ini, ada yang menghulurkan bantuan dari segi pekerjaan buat warga asing tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen