Abang penyayang 'cover' adik makan aiskrim, gelagat dua beradik cuit hati netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan adik beradik sememangnya tidak akan putus sampai bila-bila. Walaupun kadang kala bermasam muka tapi akhirnya pasti akan berbaik semula.

Malah, abang juga tentunya akan membela adiknya dalam apa jua keadaan meskipun dirinya akan dimarahi ibu bapa mereka.

Kongsi aiskrim diam-diam.

Itulah yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki ini apabila berkongsi aiskrim bersama adiknya dengan cara yang unik.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguan TikTok dikenali sebagai @Mansur_BS ini memaparkan seorang kanak-kanak sedang berdiri sambil meletakkan tangan memegang aiskrim di belakang.

@cendikiamansurbs #fypシ #fypviral #fypdongggggggg ♬ Seribu Kemanisan - Siti Nurhaliza

Lebih lucu lagi apabila adik perempuannya sedang memakan aiskrim tersebut secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Difahamkan, ibu kepada dua beradik itu melarang adik perempuannya memakan aiskrim namun disebabkan rasa sayang abangnya berkongsi secara ‘sorok-sorok’.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beradik itu. Selain turut memuji bahawa kanak-kanak lelaki tersebut seorang yang baik.

Abang paling best ni.

Abang rela kena marah demi adik

Sama macam abang 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen