Dah lama tak dapatkan rawatan, lelaki kurang siuman pecahkan 13 cermin kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah tekanan mental telah memusnahkan 13 cermian kenderaan dengan menggunakan sebatang besi sepanjang 1.2 meter di kawasan parkir hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting di sini semalam.

Memetik laporan Kosmo Online, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi dengan suspek yang ditahan berusia 39 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian pertama disaksikan sendiri pemilik kenderaan yang memegang besi tersebut sebelum memecahkan cermin depan kenderaannya.

Katanya, suspek kemudiannya mengulangi perbuatan dengan memecahkan 12 lagi cermin kenderaan lain di lokasi tersebut.

“Sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat sebelum menangkap suspek dan merampas batang besi digunakannya.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah seorang penganggur dan merupakan penduduk tempatan serta belum berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, pemeriksaan awal mendapati suspek dipercayai mengalami tekanan emosi dengan semakan awal mendapati suspek pernah dirawat sebagai pesakit mental.

Ahmad Ridhwan menambah, suspek bagaimanapun sudah lama tidak menerima rawatan psikiatri dari mana-mana hospital sakit jiwa.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan narkotik namun ujian air kencing mendapati lelaki negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Setakat ini, pihak polis telah terima lima laporan polis daripada pemilik kereta yang mengalami kerugian daripada kejadian tersebut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikit Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

Terdahulu, tular dua video masing-masing berdurasi tujuh dan 11 saat memaparkan aksi lelaki itu memecahkan cermin dan ditangkap MPV polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen