Gemar makan pedas hingga abai pesanan mak, gadis kini derita kanser ovari dan cyst

Meskipun orang lain tiada hak ke atas selera makan seseorang, namun menjadi tanggungjawab mereka untuk menegur sekiranya ada yang bertindak melebihi limit sepatutnya. 

Hal ini tak lain tak bukan, pastinya terkait dengan kesihatan diri kerana tahu bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat.

Gadis suka makan pedas derita kanser ovari

Situasi itu telahpun berlaku terhadap seorang pengguna Tiktok bernama Marsya, yang mana perkongsiannya memberi impak kepada banyak pihak di luar sana terutamanya kepada penggemar makanan pedas.

 

"Ingatkan sakit perut biasa..."

Marsya akui bahawa dia pernah mengabaikan nasihat ibunya yang meminta agar dia mengawal pengambilan makanan pedas, namun dia yakin ia tidak mengundang sebarang kesan dan tetap dengan seleranya.

Hendak dijadikan cerita, kemudian dia mengalami sakit perut dan menganggapnya ia sakit perut biasa dan nasibnya kurang baik selepas membuat pemeriksaan lanjut di hospital.

Doktor mengesahkan bahawa dia kini penghidap kanser ovari selain penyakit cyst.

Susulan insiden, dia serik dan berharap agar orang lain mengambil iktibar atas apa yang telah menimpanya ketika ini.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,009,875 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen